Rendang Ayam Kampung
Sumber : CMG@Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu
2 helai daun kunyit, hiris halus
3 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
Garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus
13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus
Bahan Tumis
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Penyediaan :
- Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
- Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
- Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
- Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
Rendang Ayam Kampung
Rendang Ayam Kampung shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi