21 Apr 2019

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake -

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
2 biji telur Grade A
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu besar oren emulco / Jus Sunquick
1 cawan jus oren segar (3 biji oren)

2 Loyang 8in di alas kertas minyak dan di gris

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Tabur loyang dengan serbuk koko hingga rata.  Keluarkan lebihannya.
  3. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam.  Ketepikan.
  4. Dalam periuk, satukan serbuk koko, susu, minyak, oren emulco dan jus oren.
  5. Panaskan hingga serbuk koko dan gula larut.  Tidak perlu sampai mendidih.
  6. Apabila suam, masukkan tepung ke dalam larutan koko, gaul sebati.
  7. Masukkan telur dan kacau hingga rata.
  8. Tuang sama banyak ke dalam 2 loyang, ratakan.
  9. Bakar selama 35-40 minit sehingga masak.
  10. Cucuk dengan lidi, jika keluar bersih, keluarkan kek dari oven.
  11. Sejukkan dahulu sebelum di lapisi dengan krim.

Icing krim Keju Coklat Oren
2 cawan gula icing
8 sudu besar mentega suhu bilik
250 gm krim keju pada suhu bilik
1/2 cawan serbuk koko
4 sudu besar jus oren segar
1/4 sudu teh oren emulco / Jus Sunquick

Cara-cara :
Putar krim keju, mentega dan gula icing hingga berkrim.
Masukkan serbuk koko, jus oren dan oren emulco, putar sebati.
Sapu atau picit di atas kek, dan hias dengan hirisan oren dan taburan coklat.

Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake


Kek Coklat Oren / Chocolate Orange Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;