5 Apr 2019

Kacang Goreng Bawang Putih

Kacang Goreng Bawang Putih -

Kacang Goreng Bawang Putih
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 kg kacang tanah tanpa kulit
3 labu bawang putih
Garam secukupnya
2 sudu besar serbuk pati ayam

Cara-cara :
  1. Cuci kacang, masukkan ke dalam bekas besar.
  2. Tumbuk kasar bawang putih hingga pecah-pecah
  3. Gaul bersama kacang dan sedikit garam,
  4. Garam jangan terlalu banyak, tambah ketika menggoreng nanti.
  5. Tuang air panas mendidih hingga tenggelam kacang, Tutup bekas.
  6. Rendam sehingga kacang kembang lebih kurang 1 jam lebih.
  7. Toskan kacang, gaul sedikit garam dan serbuk pati ayam.
  8. Jemur di panas matahari hingga betul-betul kering.
  9. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api kecil.
  10. Jangan goreng dalam api besar nanti kacang tidak masak di dalamnya.
  11. Goreng hingga keperangan, Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
  12. Apabila kacang telah sejuk, goreng kali kedua dengan api perlahan.
  13. Tujuan menggoreng kali kedua supaya kacang menjadi lebih rangup.
  14. Angkat dan toskan sebelum di simpan dalam botol.


Kacang Goreng Bawang Putih


Kacang Goreng Bawang Putih shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;