5 Apr 2019

Kacang Goreng Berempah

Kacang Goreng Berempah -

Kacang Goreng Berempah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih, parut halus
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan gula pasir
2 sudu kecil garam halus
1 biji telur
5 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari, jika suka

Cara-cara :
  1. Bersihkan kacang tanah dan jemur di panas matahari hingga kering.
  2. Gaul bersama bawang putih, telur, serbuk cili, gula dan garam.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sebati.
  4. Rehatkan selama 15 minit sebelum di goreng.
  5. Panaskan minyak dan goreng dengan api sedang hingga kecoklatan.
  6. Angkat dan toskan di atas tissue dapur sebelum di simpan dalam bekas.


Nota :  Serbuk cili boleh di gantikan dengan serbuk kari


Kacang Goreng Berempah


Kacang Goreng Berempah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;