13 Apr 2019

Biskut Bunga Aising

Biskut Bunga Aising -

Biskut Bunga Aising
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
250 gm mentega
110 gm gula aising
150 gm tepung jagung
350 gm tepung gandum
25 gm susu tepung
1 kuning telur

Cara-cara :
  1. Sebatikan mentega, gula aising dan telur dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan tepung jagung, susu tepung dan tepung gandum.
  3. Uli hingga menjadi doh, canai dan terap dengan acuan bentuk bunga kecil.
  4. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C sehingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hias aising.


Aising
50 ml putih telur
300 gm gula aising
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
Pewarna

Cara-cara :
  1. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula secara bertahap dan jus limau.
  2. Putar hingga kental dan boleh di picit.  Jika adunan cair, tambahkan sedikit gula aising.
  3. Bahagikan adunan ke dalam mangkuk dan beri pewarna yang di sukai.
  4. Sebatikan dan masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle kecil.
  5. Picit ke atas biskut.  Biarkan sehingga aising mengeras.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Biskut Bunga Aising


Biskut Bunga Aising shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;