26 Apr 2019

Sup Ayam Kampung

Sup Ayam Kampung -

Sup Ayam Kampung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung (bersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia di ketuk
3 ulas bawang merah di ketuk
2 ulas bawang putih di ketuk
2 batang serai di titik
4 kuntum cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil lada hitam di tumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1/2 batang carrot
2 biji kentang, potong saiz sesuai
Garam secukupnya
Hirisan daun bawang dan daun sup
Bawang goreng

Cara-cara :

  1. Masukkan ayam ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.
  2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, pelaga, kayu manis, lawang dan cengkih. Masukkan potongan kentang dan carrot.
  3. Biarkan mendidih hingga kentang lembut.
  4. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan daun bawang
  6. Hidang dengan taburan bawang goreng.


Sup Ayam Kampung


Sup Ayam Kampung shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;