13 Apr 2019

Tart Nanas Nyonya

Tart Nanas Nyonya -

Tart Nanas Nyonya
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
125 gm marjerin Pelangi
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
225 gm tepung gandum
2 sudu besar susu pekat manis

Sapuan
1 kuning telur +  1 sudu kecil susu cair

Jem Nanas siap guna - bulatkan 7gm

Cara-cara :
  1. Putar marjerin dan susu pekat hingga sebati.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  4. Rehatkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
  5. Canai dan terap dengan acuan tart.  Letak inti nanas di tengahnya.
  6. Simpan sedikit baki adunan untuk hiasan atas.
  7. Canai nipis doh dan potong, letak secara bersilang.
  8. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 150C selama 25 minit.


Tart Nanas Nyonya




Tart Nanas Nyonya shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;