10 Oct 2019

Ketam Cili

Ketam Cili -

Ketam Cili
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 ekor ketam
1 batang serai di ketuk
3 ulas bawang putih di ketuk
1 cawan air

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering, buang biji rendam air panas
4 tangkai cili merah, potong kecil
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Perasa
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa

Penyediaan :
  1. Cuci ketam, buang insang dan kotorannya.
  2. Rebus dengan sedikit air, serai dan bawang putih.
  3. Tos dan ketepikan.
  4. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  5. Setelah kering, masukkan sedikit air dan reneh hingga pecah minyak.
  6. Masukkan bahan perasa dan masak hingga pekat.
  7. Masukkan ketam yang telah di rebus dan gaul rata.

Ketam Cili




Ketam Cili shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;