31 Oct 2019

Mi Goreng Taucu

Mi Goreng Taucu -

Mi Goreng Taucu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 bungkus Mi Numee Gardenia
1 keping tauhu, goreng dan potong kiub kecil
1 keping fish cake, hiris
100 gm isi udang kecil
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
2 tangkai cili merah, cincang halus
1 1/2 sudu besar taucu, siram air
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 cawan stok ayam
1 sudu besar bancuhan tepung jagung
50 gm Taugeh
1 biji telur, pukul ringan
50 gm Brocolli, celur
50 gm Tomato Ceri
1/4 cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar
4 tangkai cili kering, buang biji, celur air panas
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih, cincang

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Tolak bahan tumis ke tepi kuali, pecahkan telur dan biar mengeras sedikit.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan tauchu.  Gaul bersama telur tadi.
  4. Masukkan stok ayam, biar mendidih.
  5. Tambah gula, garam dan bancuhan tepung jagung.
  6. Masak hingga kuah hampir pekat dan berkilat.
  7. Akhir sekali masukkan mi, taugeh, cili cincang dan tauhu goreng.
  8. Masak sekejap, jika kurang masin, tambah sedikit garam atau kicap cair.
  9. Hidang dengan brocolli dan tomato ceri jika suka.

Mi Goreng Taucu


Mi Goreng Taucu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;