4 Oct 2019

Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai

Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai -

Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm udang besar
1/4 sudu kecil lada putih
1/4 sudu teh garam

Penyediaan :
  1. Udang di cuci, buang kulitnya, tinggalkan sedikit bahagian ekornya.
  2. Gunting belakang udang, buang kotoran dan buat kelaran di bahagian bawahnya.
  3. Tabur sedikit lada putih dan sedikit garam.
  4. Kukus selama 5-8 minit hingga udang kemerahan.

Sos Pedas Berkacang
4 ulas bawang putih cincang halus
4 cili padi hiris halus
1 sudu besar gula melaka cincang
2 sudu besar kacang tanah yang di sangai
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar jus asam jawa
2 sudu besar sos ikan
1/4 cawan air
2 sudu besar daun ketumbar cincang atau daun pudina

Penyediaan :
  1. Didihkan air bersama gula hingga larut.
  2. Masukkan bawang putih, cili hiris, jus limau, jus asam jawa, sos ikan.
  3. Apabila mendidih, tutup api dan masukkan kacang tanah.
  4. Angkat dan gaulkan dengan daun ketumbar.

Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai




Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;