10 Oct 2019

Kuih Keria

Kuih Keria -

Kuih Keria
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1/2 kg (500 gm) ubi keledek putih, oren atau ungu
2 sudu besar tepung ubi / tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam

Penyediaan :
  1. Rebus keledek dengan sedikit garam hingga empuk.
  2. Haluskan ketika masih panas. Ketepikan.
  3. Gaul bersama tepung gandum dan tepung ubi.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Timbang doh seberat 40gm dan bentuk bulat seperti donat.
  6. Buat lubang ditengahnya.  Sapu tangan dengan gandum supaya tidak melekat.
  7. Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana.
  8. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di sira.

Sira Gula
3/4 cawan gula
1 cawan air

Penyediaan :
  1. Masak air dan gula hingga berbusa semua di dalam kuali.
  2. Tutup api, masukkan keria.
  3. Kacau perlahan hingga gula mula mengering dan bersalut pada keria.
  4. Kikis kerak gula halus yang melekat pada kuih dan gaul hingga melekat.
NOTA :  Jangan masak air gula terlalu pekat, kerana salutan gula akan menjadi keras dan kasar.

Kuih Keria


Kuih Keria shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;