Fudge Chocolate Chip Cookies
Bahan-bahan
250gm gula aising
30gm serbuk koko atau serbuk coklat
1/4 sudu teh garam
2 biji putih telur (80gm)
1 sudu teh esen vanila
100gm chocolate chips
Penyediaan :
- Panaskan oven pada suhu 170C.
- Alas dulang pembakar dengan silpat mats atau parchment paper.
- Ayak serbuk koko, gula aising dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan sebiji putih dahulu dan esen vanila. Kacau rata, jika pekat tambahkan baki putih telur hingga adunan menjadi likat seperti adunan brownies.
- Masukkan coklat chips dan kaup balik hingga bergaul rata.
- Sudukan 1/2 sudu teh ke atas dulang pembakar, jarakkan antaranya kerana biskut akan mengembang.
- Bakar selama 15-20 minit hingga bahagian atas berkilat dan sedikit retak.
- Tutup api dan biarkan biskut berada di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15minit sebelum di keluarkan.
- Simpan di dalam bekas kedap udara. Biskut ini tipis dan ranggup.
Fudge Chocolate Chip Cookies
Fudge Chocolate Chip Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment