24 Mar 2016

Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup

Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup -

Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup

Bahan-Bahan Sup

Bahan-bahan (Ingredient)


Bahan-Bahan

Bahan-bahan (Ingredient)


Penyediaan Sup Daging
  1. Cuci dan rebus tulang sehingga mendidih selama 3-5 minit.  Kemudian toskan semua airnya untuk membuang kotoran dan lemak.  Cuci tulang bersih supaya sup menjadi jernih.
  2. Masukkan semula tulang ke dalam periuk dan air secukupnya.
  3. Bakar bawang dan halia di atas dapur hingga perang.  Ketepikan
  4. Goreng tanpa minyak biji ketumbar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.  Masukkan ke dalam kain kasa dan ikat kemas menjadi uncang.
  5. Masukkan bawang, halia dan uncang rempah tadi ke dalam periuk berisi tulang.  Rebus dengan api sederhana hingga mendidih.
  6. Masukkan garam, sos ikan dan gula batu.  Renehkan dengan api perlahan selama 3 jam.  Tapis buih-buih kotoran di permukaan sup.  Masak hingga daging empuk.
  7. Apabila masak, keluarkan tulang, uncang rempah dan bawang.
  8. Untuk menghidang, panaskan kembali air rebusan tulang hingga mendidih.  Celup hirisan daging segar sebentar, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk hidangan.
  9. Kemudian masukkan kway teow, hirisan daun ketumbar, taugeh, daun bawang, cili padi dan perahan jus limau nipis.  Perasakan dengan sos ikan dan sos hoisin jika suka.
Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup


Kway Teow Sup Daging Vietnam / Vietnamese Beef Noodle Soup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;