6 Jan 2020

Rempeyek Tepung Pulut

Rempeyek Tepung Pulut -

Rempeyek Tepung Pulut
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
125 gm (1 cawan) tepung pulut cap POKOK
125 gm (1 cawan) tepung jagung cap POKOK
10 gm (1 sudu besar) tepung beras
1 biji telur A, kocok ringan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh serbuk pati ayam
350 ml santan segar
1 sudu besar ikan bilis halus / udang geragau
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar cili flakes jika suka pedas

Extra - 1 cawan santan / air, tambah jika adunan memekat

Taburan
1 cawan kacang tanah
1 cawan ikan bilis, belah 2

Acuan Rempeyek
Minyak untuk Menggoreng

Penyediaan :
  1. Sangai tanpa minyak kacang tanah hingga kulit merekah.
  2. Tak perlu hingga garing.  Ketepikan untuk taburan.
  3. Sangai tanpa minyak, jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar hingga ringan.
  4. Masukkan ke dalam pengisar kering bersama udang halus dan kisar kasar.
  5. Satukan semua tepung, bahan kisar, serbuk pati ayam, garam, gula dan serbuk pati ayam.
  6. Masukkan telur dan santan sedikit2 dan kacau hingga menjadi adunan yang cair.
  7. Panaskan minyak, rendam acuan rempeyek hingga panas.
  8. Angkat dan keluarkan semua lebihan minyak pada acuan.
  9. Tuang satu sudu besar (jangan lebih) adunan ke dalam acuan.
  10. Lengangkan adunan hingga merata, tabur dengan ikan bilis dan kacang tanah.
  11. Goreng dengan minyak panas dengan api sederhana.
  12. Apabila rempeyek timbul, balik2 kan, goreng hingga kuning keemasan.
  13. Toskan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips Membuat Rempeyek Tepung Pulut Yang Rangup
  1. Kacang tanah di sangai untuk memberi kerangupan dan tidak mudah lemau.
  2. Acuan mesti sentiasa di panaskan dalam minyak setiap kali menggoreng.
  3. Buang lebihan minyak dari acuan selepas di panaskan supaya adunan melekat sempurna.
  4. Aduk2 kan adunan setiap kali menggoreng, tambah santan atau air jika memekat.
  5. Adunan di lengangkan di dalam acuan supaya ketebalannya sama.
  6. Goreng dengan minyak panas dengan api sederhana.
  7. Goreng hingga perang keemasan.
  8. Jika warnanya masih ada tompok putih, tanda rempeyek belum cukup masak.

Rempeyek Tepung Pulut



Rempeyek Tepung Pulut shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;