Biskut Buah Rotan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
150 gm tepung pulut (1 1/2 cawan)
200 ml santan segar (1 cawan)
60 gm gula halus (4 sudu makan)
1/4 sudu teh garam
300 gm bijan putih
30 gm bijan hitam (optional)
Penyediaan :
- Sangai tepung pulut hingga ringan jangan sampai kekuningan.
- Biarkan sejuk.
- Masak santan, garam dan gula hingga gula larut. Sejukkan dahulu.
- Gaul tepung dan tuang santan sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
- Cubit sedikit doh dan gentel bulat sebesar sagu mutiara.
- Doh jangan besar kerana akan mengembang sekali ganda bila di goreng.
- Golekkan doh ke dalam campuran bijan putih dan hitam.
- Salut rata dan ayak dengan senduk berlubang.
- Goreng dalam minyak panas dengan api paling kecil.
- Setelah doh timbul di permukaan, balik-balikkan supaya masak sekata.
- Goreng hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Tips :
Sangai tepung pulut dahulu hingga ringan.
Doh mestilah lembut dan sedikit melekit supaya bijan dapat bersalut rata dan tidak mengeras bila di goreng.
Jika doh mengering tambahkan sedikit santan atau air dan uli semula.
Doh jangan besar, lebih kurang saiz sagu mutiara. Jangan buat lebih besar dari saiz ini.
Goreng dengan api paling perlahan supaya masak hingga ke dalam.
Goreng jangan terlalu banyak dalam satu masa.
Biskut Buah Rotan
Biskut Buah Rotan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
1 comments:
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q
Post a Comment