Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll -
Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll
Bahan-bahan
500gm isi ayam cincang
250gm isi udang cincang
1 biji telur A
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk 5 rempah (5 spice powder)
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan bawang cincang
1/2 cawan daun ketumbar cincang
1/2 cawan daun bawang cincang
1/2 cawan cendawan hitam - cincang (black fungus)
1/2 cawan sengkuang cincang
2 sudu besar tepung jagung
10 keping Fucuk - rendam sebentar bila boleh di lentur, potong kepada 2 atau 3 bahagian. Toskan di atas kain dapur.
(Jangan rendam terlalu lama)
Pelekat : 2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)
Penyediaan :
Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung. Gaul hingga sebati.
Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1cm bahagian tepi untuk mengulung.
Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan. Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.
Buat hingga habis. Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Hidang bersama sos cili.
Fu Chuk boleh di hidang samada di kukus atau di goreng.
Fu Chuk Roll Kukus
Fu Chuk Roll Goreng
Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll
Fucuk Goreng Berinti / Fried Fu Chuk Roll shared from Kakwan Citarasawan
Republish by
The CC Resepi