18 Oct 2016 0 comments

Serikaya Keledek

Serikaya Keledek -

Serikaya Keledek

Bahan-bahan
300 gm gula melaka / 4 keping gula Thai (racik halus)
50gm gula pasir
50ml air
1 sudu besar air kapur
1/2 sudu teh garam
5 helai daun pandan - potong pendek
200 ml santan pekat KARA
8 biji telur

300 gm keledek oren, potong kecil 1in,cuci dan toskan
Loyang 8x8in

Penyediaan :
  1. Masak gula melaka, gula, garam, air kapur dan daun pandan hingga gula larut.  Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  2. Panaskan pengukus, tabur rata ubi ke dalam loyang.  Kemudian kukus selama 25 minit atau hingga masak.
  3. Pecahkan telur, masukkan santan dan sirap gula melaka tadi, kocok hingga berbuih dan tapis ke dalam loyang berisi ubi tadi.
  4. Kemudian kukus semula selama 25 minit hingga masak.
  5. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.


Serikaya Keledek


Serikaya Keledek shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Oct 2016 0 comments

Hokkaido Cheese Tart

Hokkaido Cheese Tart -

Hokkaido Cheese Tart

Bahan Kulit Tart
100gm marjerin
30gm gula kaster
150gm tepung gandum
1/2 kuning telur atau 1 kuning telur grade C

Filing Keju
250 gm cream cheese
40 gm mentega tawar
1 sudu kecil esen vanila
120 gm yogurt plain atau dairy whipping cream
60 gm gula kaster
1 putih telur

1 kuning telur untuk sapuan
Menghasilkan 17 saiz medium

Penyediaan  Kulit Tart
Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.  Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.

Bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling keju.

Penyediaan Filing Cheese
Satukan keju, mentega, yogurt dan gula ke dalam periuk.  Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.

Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila.  Kacau rata.

Masak semula di atas api kecil hingga meletup-letup dan pekat.
Tuang adunan keju ke dalam bekas dan tutup dengan plastik wrap.

Simpan di dalam peti sejuk selama 2 - 3 jam.
Keluar dari peti sejuk, kacau rata, masuk ke dalam piping bag picit ke dalam kulit tart.

Setelah selesai sapu kuning telur atasnya.

Bakar rak atas pada suhu 200C selama 8 minit hingga permukaan sedikit terbakar.

Hokkaido Cheese Tart


Hokkaido Cheese Tart shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;