Serikaya Keledek
Bahan-bahan
300 gm gula melaka / 4 keping gula Thai (racik halus)
50gm gula pasir
50ml air
1 sudu besar air kapur
1/2 sudu teh garam
5 helai daun pandan - potong pendek
200 ml santan pekat KARA
8 biji telur
300 gm keledek oren, potong kecil 1in,cuci dan toskan
Loyang 8x8in
Penyediaan :
- Masak gula melaka, gula, garam, air kapur dan daun pandan hingga gula larut. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
- Panaskan pengukus, tabur rata ubi ke dalam loyang. Kemudian kukus selama 25 minit atau hingga masak.
- Pecahkan telur, masukkan santan dan sirap gula melaka tadi, kocok hingga berbuih dan tapis ke dalam loyang berisi ubi tadi.
- Kemudian kukus semula selama 25 minit hingga masak.
- Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Serikaya Keledek
Serikaya Keledek shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi