19 Oct 2016 0 comments

Sandwich Daging Salai / Beef Pepperoni Sandwich

Sandwich Daging Salai / Beef Pepperoni Sandwich -

Sandwich Daging Salai / Beef Pepperoni Sandwich

Dressing
1/2 biji timun zuchini - buang biji, potong dadu
10 biji tomato cherry - potong kecil
1 sudu besar mayonies
sedikit gula dan garam
- Gaulkan semuanya hingga rata

Roti Sandwich Gardenia multigrain
Kepingan keju Cheddar
Beef Pepperoni / Daging Salai, goreng tanpa minyak
Mentega untuk sapuan


Penyediaan
Sediakan 2 keping roti sandwich, sapu mentega pada setiap kepingan roti.
Sekeping di letakkan Beef Pepperoni dan dressing.
Sekeping lagi di letak kepingan keju.  Tindihkan kedua-duanya
Panaskan non-stick pan dengan sedikit mentega.  Letak kepingan roti, balik-balikkan sehinga keju mencair.
Atau masukkan ke dalam ketuhar sehingga keju cair.

Sandwich Daging Salai / Beef Pepperoni Sandwich


Sandwich Daging Salai / Beef Pepperoni Sandwich shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Oct 2016 0 comments

Serikaya Keledek

Serikaya Keledek -

Serikaya Keledek

Bahan-bahan
300 gm gula melaka / 4 keping gula Thai (racik halus)
50gm gula pasir
50ml air
1 sudu besar air kapur
1/2 sudu teh garam
5 helai daun pandan - potong pendek
200 ml santan pekat KARA
8 biji telur

300 gm keledek oren, potong kecil 1in,cuci dan toskan
Loyang 8x8in

Penyediaan :
  1. Masak gula melaka, gula, garam, air kapur dan daun pandan hingga gula larut.  Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  2. Panaskan pengukus, tabur rata ubi ke dalam loyang.  Kemudian kukus selama 25 minit atau hingga masak.
  3. Pecahkan telur, masukkan santan dan sirap gula melaka tadi, kocok hingga berbuih dan tapis ke dalam loyang berisi ubi tadi.
  4. Kemudian kukus semula selama 25 minit hingga masak.
  5. Biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.


Serikaya Keledek


Serikaya Keledek shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;