Kuih Belimbing Nestum
Bahan-bahan
240ml air
50gm mentega
25gm gula kaster
60gm tepung gandum
50gm nestum cereal, kisar halus
1 biji telur A, kocok ringan
Minyak untuk menggoreng
Salutan
100gm nestum, kisar halus
50gm gula perang
Masukkan ke dalam plastik dan goncangkan sehingga bercampur.
Penyediaan :
Satukan tepung dan nestum. Gaul rata, ketepikan.
Satukan air, mentega dan gula di dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Tutup api, masukkan tepung dan kacau segera sehingga menjadi segumpal doh.
Biarkan seketika sehingga doh sejuk.
Kemudian masukkan telur dan kacau dengan spatula hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
Masukkan ke dalam piping bag yang di pasang dengan nozzle bergerigi.
Panaskan minyak, picit doh sepanjang 1 inci, potong hujungnya dengan gunting.
Goreng hingga keperangan.
Toskan dan masukkan ke dalam plastik berisi salutan, gocangkan sehingga bersalut rata.
Sedia di hidangkan bersama sos coklat atau di makan begitu saja.
Kuih Belimbing Nestum
Kuih Belimbing Nestum shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi