Apam Jagung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Credit : Norehan Ajit (MAHN)
Bahan-bahan
2 cawan isi jagung segar
2 cawan santan (1 cawan santan kotak dan 1 cawan air)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 sudu besar yis segera
Kelapa parut di kukus dan di campur sedikit garam
Penyediaan :
- Kisar isi jagung bersama santan dan gula hingga halus.
- Tuang ke dalam bekas, masukkan tepung beras dan yis.
- Kacau sebati, tutup bekas dan rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang.
- Tuang ke dalam acuan yang di oles sedikit minyak hingga penuh.
- Kukus selama 8 - 10 minit hingga masak.
- Hidang bersama kelapa parut.
Apam Jagung
Apam Jagung shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi