Kerutup Ayam Kampung Kelantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung potong empat, bersihkan
3 sudu makan rempah kerutup, bancuh sedikit air
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan tomato sos
500 ml santan pekat
1 keping kecil gula melaka
5 tangkai cili padi
1 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis
Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia
Bahan Kisar Halus
5 tangkai cili kering, rebus dan tos
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 sudu makan bawang goreng
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis rempah tumis dan bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar dan rempah kerutup, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan reneh hingga ayam kecut dan kering airnya.
- Masukkan santan, biar mereneh dengan api perlahan.
- Masukkan air asam jawa, kerisik, sos tomato, gula melaka, gula dan garam secukupnya.
- Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi.
- Tutup api dan sedia di hidangkan.
Kerutup Ayam Kampung Kelantan
Kerutup Ayam Kampung Kelantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi