31 Mar 2019

Sup Tomato Kacang Panggang

Sup Tomato Kacang Panggang -
Sup Tomato Kacang Panggang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 tin kecil kacang panggang Ayam Brand
1/2 cawan bawang besar cincang
1/2 cawan celery cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar pes tomato
2 cawan tomato segar cincang
4 cawan stok sayur atau air
1 sudu besar minyak zaitun
Daun selasih jika suka
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan celery hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato cincang, masak hingga layu.
  3. Tambahkan stok sayur, baking soda, serbuk lada putih, gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan kacang panggang dan reneh selama 15 minit.
  5. Tutup api dan kisar sup hingga halus.
  6. Apabila sejuk, tabur dengan daun selasih.
  7. Enak di makan begitu saja atau di cicah roti.


Sup Tomato Kacang Panggang


Sup Tomato Kacang Panggang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;