26 Mar 2019

Kway Teow Goreng Ala Thai

Kway Teow Goreng Ala Thai -

Kway Teow Goreng Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket kway teow
1/2 cawan isi ayam
4-5 ekor udang
2 biji telur
1 labu bawang bombay, cincang kasar
1 ikat daun kucai, potong
1/2 cawan taugeh
1 keping tauhu goreng, hiris
Minyak untuk menumis
1/4 cawan kacang tanah, sangai dan tumbuk kasar
1 batang daun bawang
Sedikit garam



Sos Perasa - Satukan dalam mangkuk
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula kabung Thai
1/4 cawan air asam jawa
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil serbuk cili

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak, goreng isi ayam hingga berubah warna.
  2. Masukkan bawang dan tumis bawang hingga layu.
  3. Masukkan tauhu dan udang, kacau sehingga udang kemerahan.
  4. Pecahkan telur dan kacau hingga telur masak.
  5. Masukkan kway teow dan siram dengan sos perasa.
  6. Gaul rata, akhir sekali masukkan daun kucai, taugeh dan kacang tanah.
  7. Hidang dengan taburan daun bawang, taugeh, kacang tanah dan hirisan limau nipis.


Kway Teow Goreng Ala Thai


Kway Teow Goreng Ala Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;