20 Mar 2019

Daging Paprik

Daging Paprik -

Daging Paprik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan bahan
300 gm daging lembu, hiris nipis
2 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Sayuran - Potong Kasar
1/2 batang lobak merah
4 batang putik jagung
4 batang kacang peas
1/2 lada benggala merah
1/2 bunga kobis
1 labu bawang besar
3 helai daun limau purut

Cara-cara :
  1. Daging di hiris nipis dan di rebus hingga masak.  Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan gaul sebati
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  5. Tambah sedikit air dan masukkan sayuran yang keras dahulu, carrot dan bunga kubis.
  6. Apabila telah lembut, masukkan daun limau purut dan sayuran lain.
  7. Tambah sedikit air jika pekat, sedikit garam dan masak hingga sayuran lembut.


Daging Paprik


Daging Paprik shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;