Ayam Pongteh Nyonya
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 kg ayam, potong saiz makan
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cendawan shitake kering, rendam hingga lembut
2 biji ubi kentang, potong 6
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula kabung / gula melaka
1 sudu besar taucu, siram air dan tos
3 cawan air
sedikit garam dan serbuk lada putih
Minyak untuk menumis
Cara-cara :
Tumbuk bawang merah dan putih hingga hancur.
Kemudian tumis hingga bawang naik bau.
Masukkan taucu dan kacau rata.
Masukkan ayam dan tumis hingga ayam berubah warna.
Tambah air dan masak hingga mendidih.
Masukkan ubi kentang dan cendawan.
Masukkan kicap cair, kicap pekat dan gula melaka.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih,
Renehkan sehingga kentang lembut dan kuahnya hampir kering.
Hidang dengan nasi putih.
Ayam Pongteh Nyonya
Ayam Pongteh Nyonya shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment