5 Apr 2019 0 comments

Kari Daging Kacang Dhal

Kari Daging Kacang Dhal -

Kari Daging Kacang Dhal
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm daging lembu / kambing, hiris nipis
1/2 cawan kacang dhal, rendam 2 jam
1/2 cawan sos tomato
2 biji buah tomato, belah 6
2 biji ubi kentang, potong sedang
2 tangkai cili hijau, patahkan
1 bungkus kecil serbuk kari daging
1 keping kecil gula melaka
Garam secukup rasa
2 sudu makanr minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
Sedikit air

Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in halia

Cara-cara :
  1. Rebus kacang dhal hingga lembut.  Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari daging yang di bancuh sedikit air.
  4. Tumis hingga pecah minyak, masukkan daging, gaul rata.
  5. Bila daging telah kecut, masukkan air secukupnya dan ubi kentang.
  6. Tutup periuk dan reneh hingga daging dan kentang lembut.
  7. Bila daging telah empuk, masukkan sos tomato, kacang dhal, gula dan garam secukupnya.
  8. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, cili hijau dan buah tomato.
  9. Masak lagi selama lima minit barulah di angkat.


Kari Daging Kacang Dhal



Kari Daging Kacang Dhal shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Nasi Beringin Pandan

Nasi Beringin Pandan -

Nasi Beringin Pandan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 cawan beras Basmathi
3 cawan air
1/2 cawan jus pandan (5 helai daun pandan kisar 1/2 cawan air)
Sedikit pewarna hijau jika suka
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu kecil garam

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Rempah Kasar
1 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji cengkih
2 helai daun bay

Bahan Sampingan
Kismis dan bawang goreng

Cara-cara :
  1. Rendam beras selama 20 minit, toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris hingga perang.
  3. Masukkan rempah kasar, tumis sebentar.
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Alihkan beras ke periuk letrik, tambahkan air, jus pandan, garam dan pewarna hijau.
  6. Kacau rata dan biarkan masak.
  7. Setelah masak gemburkan dengan chop stick atau garpu supaya nasi tidak patah.
  8. Tabur kismis dan bawang goreng sebelum di hidang.


Nasi Beringin Pandan






Nasi Beringin Pandan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;