2 Apr 2019 0 comments

Kerutup Ayam Kampung Kelantan

Kerutup Ayam Kampung Kelantan -

Kerutup Ayam Kampung Kelantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung potong empat, bersihkan
3 sudu makan rempah kerutup, bancuh sedikit air
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan tomato sos
500 ml santan pekat
1 keping kecil gula melaka
5 tangkai cili padi
1 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Kisar Halus
5 tangkai cili kering, rebus dan tos
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 sudu makan bawang goreng

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis rempah tumis dan bahan hirisan hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan rempah kerutup, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan reneh hingga ayam kecut dan kering airnya.
  4. Masukkan santan, biar mereneh dengan api perlahan.
  5. Masukkan air asam jawa, kerisik, sos tomato, gula melaka, gula dan garam secukupnya.
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi.
  7. Tutup api dan sedia di hidangkan.

Kerutup Ayam Kampung Kelantan


Kerutup Ayam Kampung Kelantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
31 Mar 2019 0 comments

Sup Tomato Kacang Panggang

Sup Tomato Kacang Panggang -
Sup Tomato Kacang Panggang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 tin kecil kacang panggang Ayam Brand
1/2 cawan bawang besar cincang
1/2 cawan celery cincang
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar pes tomato
2 cawan tomato segar cincang
4 cawan stok sayur atau air
1 sudu besar minyak zaitun
Daun selasih jika suka
Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan celery hingga naik bau.
  2. Masukkan tomato cincang, masak hingga layu.
  3. Tambahkan stok sayur, baking soda, serbuk lada putih, gula dan garam secukupnya.
  4. Masukkan kacang panggang dan reneh selama 15 minit.
  5. Tutup api dan kisar sup hingga halus.
  6. Apabila sejuk, tabur dengan daun selasih.
  7. Enak di makan begitu saja atau di cicah roti.


Sup Tomato Kacang Panggang


Sup Tomato Kacang Panggang shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;