13 Apr 2019 0 comments

Biskut Tutku Koko Pandan

Biskut Tutku Koko Pandan -

Biskut Tutku Koko Pandan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
175 gm marjerin Pelangi
230 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
120 gm gula kaster
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Tambahan :
5 gm serbuk koko + 1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pandan emulco + setitis pewarna hijau

Filing :  Nutella atau coklat masakan

Cara membuat :
Putar marjerin dan gula hingga sebati.
Masukkan vanilla dan kuning telur, putar hingga bergaul rata.
Tambah tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak.
Gaul dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut.

Bahagian adunan kepada 2 bahagian :
1 bahagian di tambah serbuk koko dan coklat emulco.
1 bahgian lagi di tambah pandan emulco dan pewarna hijau.

Setiap bahagian di gulung memanjang sebesar batang pencil.
Potong kepada bahagian kecil lebih kurang 2gm setiap satu.

Atur 4 potongan koko dan 4 potongan pandan dalam satu bulatan.
Runcingkan bahagian atas doh dan cantum, temukan di bahagian tengah.
Terbalikkan bahagian bawah doh dan picit nutella di dalamnya.
Ambil sedikit doh dan tutup bahagian bawah supaya filing tidak terkeluar.
Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum di bakar.
Bakar pada suhu 150C selama 30 minit (15 minit di rak bawah dan 15 minit di rak atas).
Sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas.
Biskut Tutku Koko Pandan 


Biskut Tutku Koko Pandan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Biskut Bunga Aising

Biskut Bunga Aising -

Biskut Bunga Aising
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
250 gm mentega
110 gm gula aising
150 gm tepung jagung
350 gm tepung gandum
25 gm susu tepung
1 kuning telur

Cara-cara :
  1. Sebatikan mentega, gula aising dan telur dengan senduk kayu hingga sebati.
  2. Masukkan tepung jagung, susu tepung dan tepung gandum.
  3. Uli hingga menjadi doh, canai dan terap dengan acuan bentuk bunga kecil.
  4. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C sehingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hias aising.


Aising
50 ml putih telur
300 gm gula aising
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
Pewarna

Cara-cara :
  1. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula secara bertahap dan jus limau.
  2. Putar hingga kental dan boleh di picit.  Jika adunan cair, tambahkan sedikit gula aising.
  3. Bahagikan adunan ke dalam mangkuk dan beri pewarna yang di sukai.
  4. Sebatikan dan masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle kecil.
  5. Picit ke atas biskut.  Biarkan sehingga aising mengeras.
  6. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Biskut Bunga Aising


Biskut Bunga Aising shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;