26 Apr 2019 0 comments

Sup Telur Pecah Chinese

Sup Telur Pecah Chinese -

Sup Telur Pecah Chinese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping paha ayam
6 cawan air
1 sudu besar stok ayam maggie
4 hiris halia
2 ulas bawang putih, ketuk
1 sudu besar udang kering
2 batang daun bawang, ambil bahagian akarnya
2 sudu kecil garam
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan minyak untuk menumis
4 biji telur, kocok

Bancuhan Tepung Jagung, larutkan
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan tepung jagung
3 sudu besar air

Cara-cara :
  1. Cuci ayam, tak perlu buang kulit atau di potong, lumur sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng hingga kulit ayam keperangan.
  3. Masukkan air, stok ayam bersama hirisan halia, batang bawang dan udang kering.
  4. Tambah sedikit garam dan reneh sup sehingga ayam lembut.
  5. Keluarkan ayam untuk di guna kemudian.  Carik2 kan isinya.
  6. Keluarkan bahan lain di dalam sup. 
  7. Tinggalkan air rebusan sup di atas dapur dan didihkan dengan api sederhana.
  8. Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
  9. Akhir sekali tuang telur, tunggu beberapa saat sebelum di kacau.
  10. Tutup api dan titiskan sedikit minyak bijan dan masukkan hirisan daun bawang.
  11. Masukkan carikan isi ayam,  enak di hidang panas.


Sup Telur Pecah Chinese


Sup Telur Pecah Chinese shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Ayam BBQ Drumstik

Ayam BBQ Drumstik -

Ayam BBQ Drumstik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber :  Rasa.my

Bahan-bahan
2 ketul paha ayam
3 ulas bawang putih-parut
3 sudu makan kicap manis
5 sudu makan sos lada hitam
4 sudu makan sos BBQ
2 sudu makan jus lemon

Cara Memasak :
  1. Bersihkan paha ayam dan toskan.
  2. Gaul semua bahan bersama paha ayam.
  3. Perap selama 2-3 jam dalam peti sejuk.
  4. Bakar sehingga masak atau keperangan.
  5. Hidangkan bersama salad dan perahan jus lemon.


Ayam BBQ Drumstik


Ayam BBQ Drumstik shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;