Kek Lapis Keju Oren
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
450 gm mentega
10 biji telur A
220 gm gula halus (1 cawan)
1 tin susu pekat manis
2 sudu kecil ovalette
360 gm tepung Hong Kong
500 gm cream cheese, suhu bilik
2 sudu kecil orange emulco
Sedikit pewarna oren
Loyang 9in - Gris dan alas dasar loyang sahaja
Cara-cara :
- Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
- Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.
- Dalam bekas lain, putar cream cheese hingga lembut.
- Masukkan susu pekat, putar hingga licin dan tidak berketul.
- Campurkan adunan mentega dan adunan cheese, sebatikan.
- Masukkan tepung, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
- Satu adunan asal dan satu di beri pewarna oren dan oren emulco.
- Ketepikan 6 sudu besar adunan untuk hiasan.
- Ratakan 9 sudu besar adunan oren (150 gm) ke dalam loyang.
- Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8 minit.
- Tukar api atas saja dan ratakan adunan asal. Bakar selama 8 minit.
- Buat berselang seli adunan hingga habis.
- Untuk lapisan terakhir, tompokkan adunan hiasan dan lorekkan.
- Turunkan suhu kepada 150C dan bakar hingga masak,
- Jangan terlalu perang supaya akan menegelamkan corak di atas.
- Kek ini juga boleh di kukus.
Kek Lapis Keju Oren
Kek Lapis Keju Oren shared from kakwan
Republish by The CC Resepi