Kuah Rojak Mudah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan :
1/2 botol kicap lemak manis
1/2 botol sos cili
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk belacan
6 tangkai cili kering
3 cili padi, jika suka, potong kecil
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
4 sudu besar bijan - goreng tanpa minyak
1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar)
Cara-cara :
- Rebus cili kering dan kisar dengan belacan hingga halus.
- Masukkan ke dalam periuk bersama kicap, sos cili, gula merah dan gula pasir.
- Kacau di atas api perlahan hingga larut.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, tuang ke dalam kuah.
- Kacau hingga mendidih dan kuah hampir pekat.
- Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan bijan.
- Hidang bersama buahan rojak.
Kuah Rojak Mudah
Kuah Rojak Mudah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi