18 Aug 2019 0 comments

Spaghetti Meatballs Balognese

Spaghetti Meatballs Balognese -

Spaghetti Meatballs Balognese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam

Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
10 biji tomato ceri / 2 tomato besar  - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam


Cara-cara :
  1. Rebus spagetthi, tambah sedikit garam dan masak hingga lembut.  
  2. Angkat dan toskan.  Gaul dengan minyak zaitun hingga rata.
  3. Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. 
  4. Masukkan tomato dan bay leaf.  Biarkan sehingga tomato hancur.
  5. Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata.
  8. Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
  9. Angkat dan hidang bersama spaghetti.

Spaghetti Meatballs Balognese


Spaghetti Meatballs Balognese shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
9 Aug 2019 0 comments

Biskut Butterscoth Chocolate Chips

Biskut Butterscoth Chocolate Chips -

Biskut Butterscoth Chocolate Chips 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
250 gram mentega
220 gula perang (1 1/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla / butter vani1la
1 biji telur

Bahan B
350 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
70 gm tepung jagung (1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
50 ml minyak masak (6 sudu besar)

Bahan C
150 gm butterscoth chocolate chips (1 cawan)
150 gm chocolate chips (1 cawan)

Cara-cara :

  1. Sebatikan bahan A dengan senduk kayu hingga berkrim.
  2. Masukkan bahan B dan kacau menjadi doh yang lembut,
  3. Masukkan bahan C, gaul rata.  Doh agak lembik.
  4. Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan muncung nozzle bulat.
  6. Picit ke atas dulang yang di alas baking paper.
  7. Jarakkan biskut untuk mengembang.
  8. Bakar selama 20 minit suhu 150C api atas bawah.
  9. Biarkan di atas redai sehingga biskut keras.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Butterscoth Chocolate Chips


Biskut Butterscoth Chocolate Chips shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;