15 Sept 2019 0 comments

Kek Lapis Sisik Ikan

Kek Lapis Sisik Ikan -

Kek Lapis Sisik Ikan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resepi asal: Pn Rabiah Amit

Bahan-bahan :
10 biji kuning telur
2 biji putih telur
150 gula halus
1 sudu makan ovelet
110 ml air sejuk (dari peti sejuk)
1 tin kecil serikaya - 170 gm
100 gm horlicks
1 sudu kecil esen vanila
5 sudu makan susu pekat
300 gm mentega
200 gm tepung hongkong / superfine, ayak
Asam manis (hawflakes)

Loyang segi 7 x 3in, alas dasar dengan kertas baking

Cara-cara :
  1. Satukan mentega dan susu pekat.  Pukul hingga sebati dan berkrim. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain pukul telur, gula dan ovelet dengan speed tinggi hingga kembang.
  3. Kemudian, satukan adunan mentega tadi ke dalam adunan telur.
  4. Sebatikan, putar menggunakan speed paling rendah.
  5. Kemudian masukkan serikaya dan putar hingga bergaul rata. 
  6. Masukkan horlicks, tepung dan esen vanila. 
  7. Putar dengan speed perlahan hingga bergaul rata.
  8. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.
  9. Alihkan adunan ke mangkuk besar dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  10. Panaskan oven pada suhu 150c (api atas sahaja). 
  11. Sendukkan lebih kurang 5 sudu makan (105 gm) ke dalam loyang dan ratakan.
  12. Bakar menggunakan api atas saja lebih kurang 8 minit atau sehingga permukaan kek keperangan.
  13. (masa bakar bergantung kepada kepanasan oven sendiri).
  14. Angkat dan tekan permukaan kek dengan penekan kek lapis dan cucuk dengan garpu.
  15. Ratakan lapisan seterusnya dan ulangi melapis sehingga 3 lapisan.
  16. Untuk lapisan ke empat, ratakan adunan.
  17. Kemudian atur rapat dan cucuk hawflakes secara menyerong sehingga separuh tenggelam.
  18. Bakar hingga permukaan kek keperangan. 
  19. Keluarkan dari oven, tekan perlahan hawflakes pada satu arah sahaja.
  20. Buat tanda pada loyang arah susunan hawflakes supaya susunan lapisan berikut berada pada arah yang sama.
  21. Ulangi Langkah 15 - 19 sehingga habis.
Kek Lapis Sisik Ikan


Kek Lapis Sisik Ikan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
14 Sept 2019 0 comments

Sup Cendawan Berkrim

Sup Cendawan Berkrim -

Sup Cendawan Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 labu bawang Holland (saiz sederhana)
1/2 batang Leek
1/2 batang Celery
1/2 kiub pati ayam
1 paket cendawan butang segar atau cendawan tin
3 sudu besar mentega
6 sudu besar tepung gandum
1 liter stok ayam (air rebusan ayam)
1/4 cawan dairy whipping cream
1 sudu kecil mixed herbs
garam dan serbuk lada sulah

Penyediaan :
  1. Bawang, leek, celery dan cendawan di hiris kecil.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang besar, leek dan celery hingga layu.
  3. Masukkan cendawan dan tepung, kacau biarkan masak sebentar.
  4. Masukkan stok ayam, whipping cream.  Kacau rata.
  5. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam, mixed herbs dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  6. Biarkan mendidih dan reneh sebentar.
  7. Angkat dan kisar hingga halus.
  8. Hidang dengan roti garlic.


Sup Cendawan Berkrim






Sup Cendawan Berkrim shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;