18 Sept 2019 0 comments

Udang Panggang Garlic Butter

Udang Panggang Garlic Butter -

Udang Panggang Garlic Butter
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm udang besar
5 ulas bawang putih di cincang halus
Parutan keju Cheddar oren
2 sudu besar mentega
1 sudu besar daun parsley kering atau segar
sedikit lada sulah

Penyediaan :
  1. Gunting bahagian belakang udang dan keluarkan kotorannya.
  2. Kemudian kelar dengan pisau dari kepala hingga ke ekor, jangan sampai putus.
  3. Cuci bersih dan toskan atas tisu dapur hingga kering.
  4. Cucuk bawah udang dengan pencungkil gigi.  Ketepikan.
  5. Goreng bawang putih cincang hingga kekuningan.  Toskan minyaknya.
  6. Dalam mangkuk, sebatikan mentega, bawang putih goreng, lada sulah dan daun parsley.
  7. Masukkan ke dalam belakang udang dan tabur dengan parutan keju.
  8. Panaskan pan, oles dengan sedikit mentega.
  9. Susun udang dan panggang sebentar hingga kulitnya kemerahan.

Udang Panggang Garlic Butter


Udang Panggang Garlic Butter shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sup Asparagus Berkrim

Sup Asparagus Berkrim -

Sup Asparagus Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan bawang Holland cincang
1/2 cawan hirisan Celery atau Leek
1/3 cawan kacang peas beku atau segar
4 cawan hirisan asparagus
2 cawan stok ayam (air rebusan ayam)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan dairy whipping cream
1 sudu besar jus lemon
garam dan serbuk lada sulah

Penyediaan :
  1. Panaskan mentega, tumis asparagus, bawang besar, leek, kacang peas hingga layu.
  2. Masukkan tepung, kacau biarkan masak sebentar.
  3. Masukkan stok ayam dan whipping cream.  Kacau rata.
  4. Apabila mendidih, perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih, masukkan perahan jus lemon dan reneh sebentar.
  6. Angkat dan kisar hingga halus.
  7. Sesuai di hidang dengan pelbagai jenis roti.

Sup Asparagus Berkrim


Sup Asparagus Berkrim shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;