4 Jan 2020 1 comments

Biskut Buah Rotan

Biskut Buah Rotan -

Biskut Buah Rotan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
150 gm tepung pulut (1 1/2 cawan)
200 ml santan segar (1 cawan)
60 gm gula halus (4 sudu makan)
1/4 sudu teh garam
300 gm bijan putih
30 gm bijan hitam (optional)

Penyediaan :
  1. Sangai tepung pulut hingga ringan jangan sampai kekuningan.
  2. Biarkan sejuk.
  3. Masak santan, garam dan gula hingga gula larut.  Sejukkan dahulu.
  4. Gaul tepung dan tuang santan sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Cubit sedikit doh dan gentel bulat sebesar sagu mutiara.
  6. Doh jangan besar kerana akan mengembang sekali ganda bila di goreng.
  7. Golekkan doh ke dalam campuran bijan putih dan hitam.
  8. Salut rata dan ayak dengan senduk berlubang.
  9. Goreng dalam minyak panas dengan api paling kecil.
  10. Setelah doh timbul di permukaan, balik-balikkan supaya masak sekata.
  11. Goreng hingga perang keemasan.  Angkat dan toskan.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tips :
Sangai tepung pulut dahulu hingga ringan.
Doh mestilah lembut dan sedikit melekit supaya bijan dapat bersalut rata dan tidak mengeras bila di goreng.
Jika doh mengering tambahkan sedikit santan atau air dan uli semula.
Doh jangan besar, lebih kurang saiz sagu mutiara.  Jangan buat lebih besar dari saiz ini.
Goreng dengan api paling perlahan supaya masak hingga ke dalam.
Goreng jangan terlalu banyak dalam satu masa.

Biskut Buah Rotan


Biskut Buah Rotan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
1 comments

Ikan Siakap Masak Acar

Ikan Siakap Masak Acar -

Ikan Siakap Masak Acar
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ikan Siakap
1/2 cawan tepung ubi atau tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cuci ikan, belah di kedua sisi, keluarkan tulangnya.
Gaulkan di dalam tepung hingga bersalut rata.  Keluarkan lebihan tepung.
Panaskan minyak dan goreng hingga tepung keperangan.
Jangan goreng terlalu lama supaya isi ikan tidak keras.
Angkat dan tos.  Ketepikan.

Bahan Acar
1/2 inci halia, hiris halus
7 biji bawang merah kecil, belah 2
5 ulas bawang putih, belah 2
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar cuka
1/3 cawan air
1 sudu besar gula
1 biji timun, kerat 3, buang empulur, hiris panjang
1/2 batang carrot, hiris memanjang
1 biji cili merah, kerat 3, buang biji. hiris panjang
1 biji cili hijau, kerat 3, buang biji, hiris panjang
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Tumis halia, bawang putih, bawang merah dan biji sawi.
  2. Masak hingga bawang layu.
  3. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata. 
  4. Tuang cuka, gula dan air. Biar mendidih.
  5. Masukkan carrot di ikuti timun dan cili. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam secukupnya.  Masak hingga pekat.
  7. Tuang ke atas ikan.  Tabur dengan daun ketumbar.

Ikan Siakap Masak Acar


Ikan Siakap Masak Acar shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;