11 Jan 2020 1 comments

Puding Karamel Teh Hijau Thai

Puding Karamel Teh Hijau Thai -

Puding Karamel Teh Hijau Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 sudu besar teh hijau Thai
1 1/3 cawan air (300ml)
Rebus hingga mendidih dan tapis (2 kali) *

Bahan Karamel
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas

Masak gula dalam periuk tebal hingga perang.
Tutup api dan masukkan air panas.
Kacau rata dan tuang ke dalam 4 acuan atau remekin.
Ketepikan dan sediakan bahan-bahan puding.

Bahan Puding
1 cawan susu sejat (250ml)
1 cawan air rebusan teh hijau (250ml)*
1/2 cawan susu pekat teh hijau
1 sudu teh serbuk agar-agar
1/4 sudu teh garam
3 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan 2 sudu besar air)

Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan kecuali larutan tepung jagung.
  2. Masak dengan api kecil hingga naik wap.
  3. Kemudian tuangkan larutan tepung jagung.
  4. Whisk dengan segera hingga adunan agak pekat.
  5. Tuang ke dalam acuan berisi karamel.
  6. Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  7. Letak acuan dalam bekas berisi sedikit air panas.
  8. Air panas biar separa lapisan karamel untuk mencairkannya.
  9. Keluarkan dari acuan perlahan-lahan.
  10. Hidang dengan buah strawberry atau blueberry.


Puding Karamel Teh Hijau Thai


Puding Karamel Teh Hijau Thai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
8 Jan 2020 1 comments

Tepung Pasung Pandan

Tepung Pasung Pandan -

Tepung Pasung Pandan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Jus Pandan
15 keping daun pandan, cuci, potong kecil
kisar dengan 300 ml air, tapis

Bahan Lapisan Pandan
100 gm tepung beras
50 gm tepung ubikayu Cap POKOK
400 gm santan
280 gm gula perang
1/2 sudu teh garam
180 ml jus pandan*

Bahan Lapisan Santan
400 ml santan pekat
50 gm tepung beras
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam

Penyediaan :
  1. Daun pisang dipotong bulat 8in dan belah 2, gulung bentuk kon.
  2. Kisar daun pandan dan air hingga halus dan tapis.
  3. Satukan semua lapisan pandan, kacau hingga gula larut.
  4. Tapis dan masak hingga naik wap, bila bahagian bawah berketul, whisk hingga rata.
  5. Masukkan ke dalam jug kecil.
  6. Letak kon daun pisang di dalam pengukus berlubang besar.
  7. Tuang 3/4 adunan pandan dan kukus selama 5-8 minit.
  8. Satukan adunan santan dan tapis, masak hingga naik wap.
  9. Masukkan ke dalam jug kecil dan tuang ke atas lapisan hijau.
  10. Kukus dengan api kecil selama 5-8 minit hingga masak.
  11. Sejukkan dahulu sebelum di hidang.
Tepung Pasung Pandan


Tepung Pasung Pandan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;