17 Feb 2020 0 comments

Sup Bayam Berkrim

Sup Bayam Berkrim -

Sup Bayam Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ikat daun bayam (200 gm)
2 cawan susu cair
1/4 cawan dairy whipping cream
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
3 hiris halia
1 helai daun bay
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam / putih
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Penyediaan :
  1. Celur daun bayam hingga lembut.  Masukkan ke dalam air ais.
  2. Toskan dan kisar bersama halia hingga menjadi puri.
  3. Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan susu cair,  whipping cream dan daun bay.
  5. Apabila mendidih, perasakan dengan serbuk pati ayam, lada hitam, gula dan garam.
  6. Boleh di hirup begitu saja atau di cicah roti.

Sup Bayam Berkrim


Sup Bayam Berkrim shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
16 Feb 2020 0 comments

Nasi Bubur Berlauk Ala Thai

Nasi Bubur Berlauk Ala Thai -

Nasi Bubur Berlauk Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan beras
5 cawan air
1 sudu kecil serbuk pati ayam maggie

Penyediaan :
Cuci beras, masukkan 3 cawan air dan secubit garam.
Reneh dengan api kecil hingga hampir kering airnya.
Tambahkan 2 cawan air lagi dan serbuk pati ayam.
Reneh hingga nasi menjadi hancur.
Tambahkan air lagi jika perlu untuk nasi bubur yang lebih lembut.
Hidang bersama kuah sup dan lauk yang di gemari.

Lauk Nasi Bubur :
Telur Masin
Ikan Bilis Goreng
Udang Kering Goreng
Ikan Kering Goreng
Kangkung / Cendawan sos tiram
Lobak Masin
Sup Daging / Ayam
Daun Sup
Bawang Goreng
Cili Padi
Limau Nipis

Kuah Sup Daging
200 gm daging, hiris nipis
3 ulas bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
3 hiris halia
4 cawan air
1/2 batang carrot, potong
1 biji ubi kentang, potong
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada putih / hitam
1 tangkai daun sup
Rempah kasar, 1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 2 buah pelaga
2 sudu besar minyak

Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang, halia hingga naik bau.
Masukkan rempah kasar dan daging, tumis hingga daging berubah warna.
Masukkan air, kentang dan carrot,  masak hingga lembut.
Perasakan dengan garam, serbuk lada secukupnya.
Akhir sekali, masukkan daun sup.

Kangkung Sos Tiram atau Cendawan
1 ikat kangkung
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
1 sudu besar kicap masin
1/2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak

Penyediaan :
Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga layu.
Masukkan kangkung, tumis hingga layu.
Tambah kicap masin dan sos tiram.
Gaul rata, tambah air jika perlu.

Udang Kering Masam Manis atau Pari Kering
100 gm udang kering (besar)
2 biji limau kasturi
1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil gula

Penyediaan :
Rendam dan toskan udang.
Goreng hingga garing, angkat dan toskan.
Gaul dengan sos ikan, kicap manis, jus limau dan gula.
Hidangan sampingan dengan bubur nasi.

Nasi Bubur Berlauk Ala Thai




Nasi Bubur Berlauk Ala Thai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;