24 Feb 2020 0 comments

Ubikayu Sira

Ubikayu Sira -

Ubikayu Sira
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm ubikayu ⁣
4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Kuah
200 gm.gula merah / gula melaka
2 sudu besar gula pasir⁣
1/2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/4 sudu teh garam
2 helai dun pandan⁣
2 sudu besar tepung ubi, larutkan dengan sedikit air.⁣

Sos Santan
200 ml santan (1 kotak kecil)
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras, larut dengan sedikit air
Penyediaan :
  1. Rebus ubi dengan sedikit garam hingga empuk, tos dan ketepikan.
  2. Dalam periuk, rebus bahan kuah kecuali larutan tepung ubi.
  3. Masukkan ubi yang di rebus dan reneh hingga kuah meresap.
  4. Apabila kuah tinggal separuh, masukkan larutan tepung ubi dan gaul rata.
  5. Angkat dan tuang sos santan.
  6. Satukan semua sos santan kecuali bancuhan tepung beras.
  7. Apabila mendidih, tuang larutan tepung beras dan kacau hingga hampir pekat.

Ubikayu Sira





Ubikayu Sira shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
22 Feb 2020 0 comments

Tauhu Kukus Telur Masin

Tauhu Kukus Telur Masin -

Tauhu Kukus Telur Masin
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket tofu telur
2 keping tauhu
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
4 kuning telur masin
1 putih telur masin
100 gm isi udang / ayam (terpulang citarasa)
1 batang daun bawang / daun kuchai - hiris
1 tangkai cili merah - cincang
2 ulas bawang merah - cincang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Loyang - di gris dan alas daun pisang / plastik tahan panas

Bahan Sampingan
1/2 cawan taugeh, celur
1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan sengkuang
1/2 cawan timun hiris
Sos Cili atau sos kicap

Penyediaan :
  1. Kisar tofu, tauhu, isi udang, tepung gandum, putih telur dan telur ayam hingga halus.
  2. Gaulkan dengan hirisan cili, bawang dan daun bawang.
  3. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan lada putih.  Gaul rata.
  4. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan tekan kuning telur ke dalamnya.
  5. Tutup loyang dengan aluminium foil, kukus 25 minit.
  6. Setelah sejuk, potong dan hidang dengan bahan sampingan dan sos cili atau kicap.

Nota :  Tauhu kukus boleh juga di goreng.
Celup ke dalam telur yang di kocok dan goreng hingga keperangan.

Tauhu Kukus Telur Masin


Tauhu Kukus Telur Masin shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;