Ubikayu Sira
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
500 gm ubikayu
4 cawan air
1/2 sudu teh garam
Kuah
200 gm.gula merah / gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 cawan air
1/4 sudu teh garam
2 helai dun pandan
2 sudu besar tepung ubi, larutkan dengan sedikit air.
Sos Santan
200 ml santan (1 kotak kecil)
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras, larut dengan sedikit air
Penyediaan :
- Rebus ubi dengan sedikit garam hingga empuk, tos dan ketepikan.
- Dalam periuk, rebus bahan kuah kecuali larutan tepung ubi.
- Masukkan ubi yang di rebus dan reneh hingga kuah meresap.
- Apabila kuah tinggal separuh, masukkan larutan tepung ubi dan gaul rata.
- Angkat dan tuang sos santan.
- Satukan semua sos santan kecuali bancuhan tepung beras.
- Apabila mendidih, tuang larutan tepung beras dan kacau hingga hampir pekat.
Ubikayu Sira
Ubikayu Sira shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment