4 Feb 2020

Bubur Ubikayu

Bubur Ubikayu -

Bubur Ubikayu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300 gm parutan ubikayu
500 ml santan sederhana
150 gm gula merah
3 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan

Bahan Kuah Santan
350 ml santan pekat atau santan kotak
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan 1/2 sudu besar air
1 helai daun pandan

Penyediaan :
  1. Masak santan, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan hingga gula larut.
  2. Tapis ke dalam kuali dan gaulkan dengan parutan ubikayu.
  3. Masak dengan api kecil dan sentiasa di kacau hingga pekat dan berkilat.
  4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.  Tuang kuah santan.

Penyediaan Kuah :
  1. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali bancuhan tepung jagung.
  2. Masak hingga mendidih dan tuang bancuhan tepung jagung.
  3. Kacau dan masak sebentar hingga hampir pekat.
Bubur Ubikayu


Bubur Ubikayu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;