18 Feb 2020

Kek Kastad Labu

Kek Kastad Labu -

Kek Kastad Labu
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Krim Kastard 
1 kuning telur
1 sudu besar gula caster
1 sudu besar tepung gandum
150 ml susu cair

Penyediaan :
  1. Whisk kuning telur, gula dan tepung hingga rata.
  2. Masuk susu dan kacau diatas api sederhana hingga pekat
  3. Masuk ke dalam mangkuk dan tutup permukaannya dengan plastik wrap.
  4. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk.
  5. Masukkan ke dalam piping bag.
Bahan Kek
200 gm labu
3 biji telur
160 gm gula
100 ml susu segar
100 ml minyak jagung
350 gm tepung
1 sudu kecil vanila
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar kuaci labu

Loyang 8in, gris dan tabur tepung

Penyediaan :
  1. Kukus labu hingga lembut, haluskan menjadi puri.
  2. Putar telur dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masuk susu, minyak dan puri labu, putar perlahan.
  4. Masuk tepung sedikit2, baking powder dan esen vanila.
  5. Putar perlahan hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang.
  7. Picit Krim Kastad dan tabur dengan kuali labu.
  8. Bakar pada suhu 175C selama 40 minit atau hingga masak.

Kek Kastad Labu


Kek Kastad Labu shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;