11 Feb 2020

Puding Coklat Oren

Puding Coklat Oren -

Puding Coklat Oren
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
500 ml susu cair
100 gm susu pekat manis
60 gm gula perang
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu besar serbuk coklat
1/4 cawan jus oren (1/2 biji oren)
2 sudu besar parutan kulit oren
50 gm coklat coin atau coklat masakan gelap

Penyediaan :
  1. Satukan susu cair, susu pekat, gula, serbuk agar dan serbuk coklat di dalam periuk.
  2. Whisk hingga sebati dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan jus oren dan kacau sebati,
  4. Matikan api, masukkan coklat coin dan kacau hingga coklat larut.
  5. Akhir sekali, masukkan parutan kulit oren.
  6. Tuang ke dalam gelas atau acuan dan simpan hingga beku.

Puding Coklat Oren


Puding Coklat Oren shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;