9 Feb 2020

Acar Tumis Kelantan

Acar Tumis Kelantan -

Acar Tumis Kelantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 batang timun, potong 2 inci
6 tangkai kacang panjang, potong 2 inci
6 batang bendi, potong 2
1/2 batang lobak merah. potong 2 inci
1/3 cawan cuka
5 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
2 cawan air
1/4 sudu teh ajinamoto, jika suka
1/4 cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering, rendam dan tos

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan cuka dan secawan air dahulu.
  3. Masukkan lobak merah dahulu, reneh selama 2 minit.
  4. Kemudian masukkan bendi, timun dan akhir sekali kacang panjang.
  5. Tambahkan baki air sehingga 3/4 paras sayuran.
  6. Perasakan dengan gula, garam dan sedikit ajinamoto.
  7. Biarkan mendidih seketika dan sayuran agak lembut.
  8. Acar ini mempunyai rasa masam manis.

Acar Tumis Kelantan


Acar Tumis Kelantan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;