12 Feb 2020

Sotong Masala

Sotong Masala -

Sotong Masala
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm sotong bertelur saiz sedang
50 gm rempah kari daging (1 paket kecil)
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
1 tangkai daun kari

Bahan Hiris
1/2 labu bawang holland, potong baji
1 tangkai cili merah, belah memanjang

Bahan Kisar
1/2 labu bawang holland
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia

Rempah Kasar (Masala)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
3 biji cengkih
3 buah pelaga

Penyediaan :

  1. Cuci sotong, tarik keluar pundi hitamnya tanpa mengeluarkan tulangnya.
  2. Masukkan kepala sotong ke dalam badannya,
  3. Celur dengan sedikit air, 1/4 paras sotong.
  4. Masak sebentar sehingga sotong tegang dan mengelembung.
  5. Angkat, tos dan simpan air rebusannya.  Ketepikan.
  6. Kisar bahan2 kisar dengan 1 cawan air dan tapis.
  7. Simpan air kisarannya.  Ketepikan.
  8. Panaskan minyak, tumis rempah kasar dan bahan hiris hingga naik bau.
  9. Masukkan bahan kisar, daun kari dan tumis hingga kekuningan.
  10. Masukkan air kisaran bawang dan masak hingga mendidih.
  11. Satukan serbuk kari, jintan putih, jintan manis dan serbuk cili.
  12. Gaulkan dengan sedikit air, masukkan ke dalam kuali.
  13. Tumis hingga pecah minyak.
  14. Tambah air rebusan sotong dan reneh hingga hampir pekat.
  15. Akhir sekali, masukkan sotong yang di celur, gula dan garam.
  16. Tambah sedikit air lagi jika pekat dan masak hingga mendidih.
  17. Kuah jangan terlalu pekat kerana apabila sejuk ia akan memekat sendiri.

Sotong Masala


Sotong Masala shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;