28 Feb 2020

Tauhu Goreng Mentega

Tauhu Goreng Mentega -

Tauhu Goreng Mentega
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 keping tauhu goreng, potong dadu
180 gm broccoli, potong kecil
100 gm cendawan butang, potong kecil
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada putih atau hitam
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega tawar

Penyediaan :
  1. Celur broccoli hingga lembut, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali, goreng cendawan dengan sedikit mentega hingga layu. 
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan mentega, goreng bawang putih hingga keperangan.
  5. Masukkan tauhu kacau rata.
  6. Masukkan broccoli dan cendawan.
  7. Perasakan dengan kicap cair dan sedikit garam.
  8. Gaul rata dan angkat.

Tauhu Goreng Mentega


Tauhu Goreng Mentega shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;