28 Feb 2020 0 comments

Tauhu Goreng Mentega

Tauhu Goreng Mentega -

Tauhu Goreng Mentega
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 keping tauhu goreng, potong dadu
180 gm broccoli, potong kecil
100 gm cendawan butang, potong kecil
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada putih atau hitam
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega tawar

Penyediaan :
  1. Celur broccoli hingga lembut, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali, goreng cendawan dengan sedikit mentega hingga layu. 
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan mentega, goreng bawang putih hingga keperangan.
  5. Masukkan tauhu kacau rata.
  6. Masukkan broccoli dan cendawan.
  7. Perasakan dengan kicap cair dan sedikit garam.
  8. Gaul rata dan angkat.

Tauhu Goreng Mentega


Tauhu Goreng Mentega shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
26 Feb 2020 0 comments

Roti Labu Taiwan

Roti Labu Taiwan -

Roti Labu Taiwan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm labu kukus
30 gm gula
1/2 sudu teh garam
4 gm yis segera
1 biji telur B
400 gm tepung gandum
30 ml minyak masak
1/2 cawan Bijan hitam/putih
Penyediaan :
  1. Lecek labu, gula dan garam hingga halus. 
  2. Biarkan sejuk dahulu.  Masuk telur dan yis, gaul sebati.
  3. Masuk tepung, gaul rata.
  4. Masuk minyak dan uli menjadi segumpal doh
  5. Tutup doh dengan plastic wrap.
  6. Rehatkan 30 minit hingga kembang sekali ganda.
  7. Alihkan doh ke atas papan canai di tabur tepung
  8. Uli dan bahagikan doh kepada 12 bahagian (62gm) setiap satu.
  9. Bulatkan, tutup dengan kain lembab, rehatkan selama 15 minit lagi.
  10. Celup batang canai kecil dalam air, tekan di tengah doh.
  11. Kemudian celup ke dalam bijan, letak di tempat yang di tekan tadi.
  12. Oven pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Kaedah Panggang :
Boleh di panggang terus di atas api dapur.

  1. Panggang di atas non-stick pan dengan api perlahan.
  2. Tutup pan, dan balik kan hingga perang di kedua belah roti.
  3. Enak di sapu mentega atau jem.


Roti Labu Taiwan


Roti Labu Taiwan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;