25 Jun 2020 0 comments

Bingka Labu Nestum

Bingka Labu Nestum -

Bingka Labu Nestum
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
5 biji telur B
500 ml santan
200 gm tepung gandum
50 gm Nestum
180 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu esen vanila
450 gm labu - kukus

1/4 cawan Nestum untuk taburan
Loyang 8 in di gris minyak atau 3 Acuan Kemboja

Cara-cara :
  1. Lenyek labu ketika masih panas.
  2. Gaul bersama bahan-bahan lain hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  4. Panaskan loyang selama 10 minit di dalam oven.
  5. Keluarkan loyang, tuang adunan hingga penuh dan tabur Nestum.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga masak.

Bingka Labu Nestum


Bingka Labu Nestum shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
22 Jun 2020 0 comments

Ayam Kari Kapitan

Ayam Kari Kapitan -

Ayam Kari Kapitan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500 gm ayam, potong sedang
1 cawan pati santan
1/2 cawan air
1 biji tomato, belah 6
1 sudu besar jus limau nipis
4 helai daun limau purut, ramas
1 helai daun pandan, simpul
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/4 cawan minyak masak

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 tangkai cili merah
4 sudu besar cili kisar
2 batang serai, ambil bahagian putih

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam, daun limau dan daun pandan.
  3. Gaul dan masak hingga ayam berubah warna.
  4. Tambah santan dan air, reneh hingga kuah hampir pekat.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau.
  6. Masukkan tomato, masak sebentar dan angkat.

Ayam Kari Kapitan



Ayam Kari Kapitan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;