Pasta Cendawan Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
115 gm spaghetti
2 sudu besar bawang Holland cincang
3 sudu besar bawang putih cincang
2 sudu besar minyak Canola
100 gm cendawan butang, hiris
80 gm Bayam
1 sudu kecil parsley kering
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air rebusan pasta *
1 cawan susu cair
Penyediaan :
- Rebus spaghetti dengan sedikit garam hingga lembut, toskan.
- Simpan 1 cawan air rebusan nya.
- Panaskan minyak canola, tumis bawang holland hingga layu.
- Masukkan bawang putih dan cendawan.
- Tumis hingga cendawan layu.
- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata.
- Tuang air rebusan pasta dan susu cair.
- Kacau rata, masak hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan daun parsley.
- Masukkan bayam, gaul hingga bayam layu.
- Akhir sekali, masukkan spaghetti, gaul rata.
- Sedia di hidang.
Pasta Cendawan Berkrim
Pasta Cendawan Berkrim shared from kakwan
Republish by The CC Resepi