19 Feb 2021 0 comments

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos -

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
225g mentega tawar (1 cawan)
162 gm gula pasir (3/4 cawan + 1 sudu makan)
165 gm gula perang (3/4 cawan)
100 gm telur (2 biji)
1 1/4 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil jus lemon
281 gm tepung gandum (2 1/4 cawan)
47 gm rolled oats (1/2 cawan)
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
453 gm chocolate chips (2 2/3 cawan)
198 gm Walnuts cincang (1 3/4 cawan)

Penyediaan :
  1. Krim kan mentega, gula dan gula perang selama 2 minit.
  2. Tambah telur, vanilla dan jus lemon.
  3. Putar hingga bergaul rata.
  4. Masukkan tepung, oats, baking soda, garam dan serbuk kayu manis.
  5. Putar perlahan jangan terlebih adun.
  6. Tambah chocolate chips dan walnuts.
  7. Scoop 1 sudu makan di atas baking paper.
  8. Jarak kan 2 inci untuk biskut mengembang.
  9. Oven 150 C selama 20 minit atau hingga tepi nya keperangan.
  10. Bahagian tengah biskut masih lembut.
  11. Angkat dan biarkan sejuk selama 1 jam.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.

NOTA :
Adunan biskut boleh di bekukan dan dan di bakar kemudian.

Bahan Sos Celupan (Dipping Sos)
100 gm chocolate susu atau coklat gelap, cincang kecil
50 ml non dairy whipping cream (double cream)
1 sudu besar golden syrup
20 gm mentega tawar

Penyediaan :
  1. Masukkan whipping cream dan coklat dalam bekas besi atau kaca.
  2. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.
  3. Tutup api, letakkkan bekas berisi coklat tadi.
  4. Biar sebentar hingga coklat mencair.
  5. Tambah mentega dan golden syrup.
  6. Gaul rata hingga mentega cair dan sos licin berkilat.

Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos


Biskut Oats Chocolate Chips dengan Coklat Sos shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
13 Feb 2021 0 comments

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies -

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Filling Cream Cheese :
200 gm Cream Cheese (suhu ruang)
40 gm gula Caster
1 sudu teh tepung jagung

Cara-cara :
Mixer cream cheese dengan gula hingga sebati. 
Tambahkan tepung jagung, gaul rata. 
Masukkan dalam piping bag.
Picit atas diatas loyang, bekukan dalam frezer Sebelum digunakan.

Adunan Biskut Tiramisu :
125 gm Mentega atau Marjerin
100 gm gula perang
2 paket NESCAFE 3 in 1
1 biji telur
200 gm tepung gandum
20 gm susu tepung
30 gm NESTUM, ramas halus
1/4 sudu teh baking soda
100 gm dark chocolate chips

Cara-cara  :
  1. Putar mentega, gula dan Nescafe hingga sebati.
  2. Masuk kan telur dan putar hingga bergaul rata.
  3. Tambah tepung, Nestum, susu tepung dan baking soda. 
  4. Tambah chocolate chips, gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Ambil adunan 20 gm dan leperkan.
  7. Isi filling cream cheese di tengahnya dan bulatkan.
  8. Susun berjarak dalam loyang kerana adunan akan mengembang.
  9. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 10 - 15 minit.

Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies


Tiramisu Chocolate Chips Cheese Cookies shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;